Friday, 4 November 2016

Cara membuat Tepung Pelita Asli

Kuih Tepung Pelita Asli
Oleh: Dapur Mona

Lapisan Hijau:
1/2 cawan tepung beras
Secubit kapur makan
2 cawan air daun pandan 

Cara cara: 
Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. 

Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh. 

Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas di atasnya. 



Lapisan Santan
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan 
Secubit garam

Cara cara;
Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit. 




Kuih Tepung Pelita

Kuih Tepung Pelita / Limas

Kuih tepung pelita merupakan sejenis kuih tradisional yang sedap dan enak rasanya. Tepung pelita merupakan sejenis kuih yang manis tetapi tidak tahan lama.
Tepung pelita merupakan pada asasnya dibuat daripada santan dan tepung beras dan dimasak dalam bekas yang diperbuat dari daun pisang. Ditengah-tengahnya pula diisi dengan air gula yang menjadikannya rasa lemak manis. Ia mudah rosak dan tidak tahan lama.
Pada asasnya tepung pelita terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian atas atau dikenali sebagai kepala, lembut dan dibuat daripada santan dan bewarna putih. Bahagian bawahnya pula dibuat dari tepung beras dan biasanya bewarna kehijauan dan lebih keras sedikit dari bahagian kepala tetapi masih dibuat lembut.
Sumber : ms.wikipedia.org

Kuih Tepung Pelita 

Dapur Mona akan memastikan Tepung Pelita yang disediakan enak dan tidak mengecewakan mereka yang merasainya. Keaslian rasa dikekalkan disamping menjaga kualiti rasa dan kebersihan dalam penyediaan kuih tersebut.
Kami menyediakan khidmat penghantaran sekitar kawasan Jitra dan Alor Setar